PPDa Sekilas Pandang
Latarbelakang Sekolah (Sejarah Sekolah)
Sekolah umum Gombak Setia dibina pada 12 Disember 1958 di Daerah Gombak .
Asalnya sekolah ini dikelilingi oleh kebun getah dan lombong bijih timah.
Faktor penting yang mendorong terbinanya Sekolah Umum Gombak Setia ini ialah dengan membangunnya kawasan Gombak Setia sekitar 50-an.Banyak kawasan perumahan dibina dan dimajukan oleh RIDA.Jesteru terdapat pertambahan penduduk secara mendadak .Sekolah yang terdekat pada ketika itu bagi penduduk di kawasan ini ialah Sekolah Kebangasaan Gombsk Utara iaitu kira-kira 4 batu jauhnya .Sehubungan itu kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah di kawasan Gombak Setia ini.
Mengikut catatan Buku Harian 1958 kemudahan yang terdapat di Sekolah Umum Gombak Setia pada awal penubuhannya hanyalah 150 buah meja murid tinggi ,150 buah meja murid rendah,150 buah kerusi murid,6 buah meja , 6 buah kerusi guru , 6 buah papan hitam serta 6 buah almari.
Pada tahun 1961 ,nama Sekolah Umum Gombak Setia telah di tukar kepada Sekolah Kebangasaan Gombak Setia .pada tahun 1974 pula,Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Persatuan ini bergerak aktif untuk bersama-sama membantu menjaga kebajikan dan kepentingan sekolah.
Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan dan teknologi maklumat,kini Sekolah Kebangsaan Gombak Setia telah mencapai Gred A dan mempunyai bilangan murid seramai 1532 orang dengan tenaga pengajar seramai 81 orang.Dengan bilangan murid yang ramai dan bilik darjah yang terhad,persekolahan dijalankan dalam 2 sesi iaitu 21 kelas di sesi petang.
1.0 - Latarbelakang Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan
”Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah
2.0 - Mandat
Mandat adalah apa yang disuruh atau diarah . Mandat juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membua dan menjalankan sesuatu tindakan. Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada hari ini ialah Akta Pendidikan. Surat Perkeliling dan Perkeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.
Berikut adalah beberapa contoh mandat yang berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam membina strategi dan menjalankan tugasnya.